suka buku ni, plot twist dia kena dengan cita rasa
19 Oct 2026 05:18
Video tidak dapat dipaparkan. Cuba format MP4 (H.264/AAC) atau guna link video lain.
MOKHTAR 1969
RM19.00
Sinopsis
“Ini bukan dunia aku, ini bukan masa aku. Adakah aku masih manusia, atau hanya bayangan yang tertinggal dari masa lalu?” Dia sepatutnya mati pada tahun 1969. Sebaliknya, dia terjaga pada tahun 2025. Inspektor Mokhtar bin Yahya pernah memburu seorang pembunuh bersiri yang meninggalkan simbol aneh pada setiap mangsa. Tujuh gadis mati. Tiada bukti. Tiada saksi. Hanya satu simbol yang yang seolah-olah mengejek pihak polis. Apabila Mokhtar akhirnya bersemuka dengan pembunuh itu, dia dikhianati dan dicampak ke dalam gelap. Namun kejahatan tidak mati bersama masa. 56 tahun kemudian. pembunuhan yang sama berulang. Simbol yang sama muncul. Dan Mokhtar, lelaki dari masa lalu, menjadi satu-satunya yang memahami pola pembunuh itu. Soalnya bukan lagi siapa pembunuh. Tetapi mengapa pembunuh itu menunggu Mokhtar selama lebih setengah abad.
Rating & Ulasan
5.0/5 (1)Log in sebagai pembeli untuk beri rating dan ulasan.
Related Products
Browse allBelum ada related product lagi.