Terma & Syarat MyJilid
Dengan menggunakan MyJilid, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat penggunaan platform yang dinyatakan di bawah.
1. Pengenalan
Selamat datang ke MyJilid, marketplace ebook untuk penulis dan pembaca di Malaysia. Dengan menggunakan platform ini, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
2. Akaun Pengguna
- Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan akaun dan kata laluan.
- Semua aktiviti di bawah akaun anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
- MyJilid berhak menggantung atau menamatkan akaun jika terdapat pelanggaran.
3. Pembelian & Akses Ebook
- Ebook yang dibeli akan tersedia dalam library digital pengguna.
- Akses adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dikongsi atau dijual semula.
- Semua pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan kecuali dinyatakan sebaliknya.
4. Kandungan & Hak Cipta
- Semua ebook dilindungi oleh hak cipta penulis.
- Dilarang menyalin, mengedar, atau berkongsi kandungan tanpa kebenaran.
- Sistem reader MyJilid menggunakan watermark untuk perlindungan kandungan.
5. Penjual (Author/Seller)
- Penjual bertanggungjawab memastikan kandungan yang dijual adalah sah dan original.
- Penjual tidak boleh memuat naik kandungan yang melanggar undang-undang atau hak pihak lain.
- MyJilid berhak menurunkan kandungan yang melanggar polisi.
6. Pembayaran & Pendapatan
- Semua transaksi diproses melalui sistem pembayaran yang disediakan.
- Pendapatan penjual adalah tertakluk kepada struktur komisen MyJilid.
- Pengeluaran pendapatan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Privasi & Data
Data pengguna akan dilindungi mengikut polisi privasi MyJilid. Kami komited untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda.
8. Penggunaan Platform
Anda bersetuju untuk tidak:
- Menyalahgunakan platform untuk aktiviti tidak sah
- Mengganggu operasi sistem
- Mencuba akses tanpa kebenaran
9. Penafian (Disclaimer)
MyJilid menyediakan platform “as-is” tanpa sebarang jaminan terhadap kesesuaian atau ketersediaan perkhidmatan secara berterusan.
10. Perubahan Terma
MyJilid berhak mengemas kini terma ini pada bila-bila masa. Penggunaan berterusan bermaksud anda menerima perubahan tersebut.
11. Hubungi Kami
Jika ada sebarang pertanyaan: